"Ustaz, bagaimana saya mahu membuat semua ibadat itu. Sedangkan mahu solat berjemaah penuh sepanjang hari pun masih amat sukar"
"Petuanya satu. Iaitu bersyukurlah" jelas beliau.
"Bersykur? Bagaimanakah hanya dengan bersyukur kami dapat melakukan ibadat-ibadat orang yang soleh ini" tanya saya lagi dengan penuh kesangsiann
"Sesungguhnya taufiq dan hidayah adalah milik Allah SWT. Kita hamba tidak punya apa-apa kekuatan. Kita dapat bangun bersolat wajib pun sebenarnya adalah kerana izin dan kekuatan Allah SWT juga. Seandainya Allah SWT tidak mengizinkan. Maka kita tidak akan mampu. Kenapa bersyukur? Ingat firman Allah SWT ini.
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" Surah Ibrahim (7)
Adakah anda memahami maksud saya?" jelas beliau lagi sambil tersenyum.
"Allah SWT yang memberi izin untuk terjadinya sesuatu. Anda kena benar-benar bersyukur dengan apa ibadat yang sedang dapat dilakukan dan tambahnya sedikit demi sedikit. Bersyukur sungguh-sungguh. Sekurang-kurang tepat pada waktunya terlebih dahulu. Tentang ibadat yang lain InsyAllah, Allah akan memberi izin untuk kita akan dapat lakukan.Ingat! Apabila kita bersyukur maka Allah SWT yang tambah nikmatnya. Dalam sudut ini. Allah SWT akan tambah nikmat kelazatan beribadat ini nanti" Ustaz membuat kesimpulan yang amat menenangkan hati tetapi menambah semarak cemburu kepada ibadat yang lain. Hati masih berbekas dengan cengkam cemburu dan iltizam.
"Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" – Umar Abd Aziz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan