Selasa, 15 September 2015

Video Hari Lahir Tahun lepas 2014

video

test....test...testing

Video Hari Lahir Tahun lepas 2014 punye cite. Sweet kan my hubby yg buatkan.

Isnin, 7 September 2015

Selamat Hari Lahir to Me

Alhamdulillah, sujud syukur, terima kasih Allah kerana meminjamkan usia sehari lagi pada hari ini. Happy Birthday to me (6 september....ooo itu semalam).

Terima Kasih kepada semua, terutamanya suami tercinta, adik-beradik, saudara2, rakan2, yang mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga kita sama-sama bersedia membuat persiapan menempuh alam kekal abadi.

Kata en. Suami Muhammad Faizul Arshad, sempena hari lahir, sepatutnya ucapan terima kasih kepada mak kita. Dia yang bersusah payah melahirkan kita. Betul....Ya... setinggi-tinggi penghargaan kepada bonda tercinta, Hajjah Rapi'ah Omar. Love u so much....

Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dimasukan ke Syurga Firdaus tanpa dihisap, dengan rahmat Nya. InsyAllah.





Kata-kata keramat suami tercinta (sweetkan...... :)

Isnin, 24 Ogos 2015

Design Sampul Raya 2015 Family

En. Suami, posing sakan nak dapatkan gambar mcm tu...hihihi
Abang Muhammad tak payah nak suruh dia posing-posing, dia memang pandai bergambar sejak kecil

Budak Ammar ni, memang susah nak suruh dia posing, itu paling terbaik lah.....
Budak comel ni, Fawwaz buat la muka macam mana pun, dia memang comel (rasa nak cubit-cubit je budak ni)

Sampul Raya untuk My Lovely husband and anak2 tercinta


Sampul-sampul ni telah selamat diagih-agihkan kepada anak-anak buah. Mereka sangat teruja, sebab gambar sepupu-sepupu mereka. Memang macam tak ada apa-apa, design ni mewakili kami sekeluarga. Mereka kata nak simpan buat kenang kenangan. Bukan isi dalamnya tapi rekaan tu kata mereka.

Rabu, 19 Ogos 2015

Mula Menulis Semula

Banyak tahun dah tinggal berblog ni, ape-ape pun nak start balik, nak start dari ni. Cerita raya 2015. Anak-anak dah besar. Baby fawwaz pun dah 1 tahun 7bulan.

Abang Muhammad dah 6 tahun, tahun depan masuk darjah 1. Kami suami isteri putuskan anak kami akan masuk sekolah agama, biar dia biasa dengan Al-Quran dan Hadis serta hafazan dari kecil. Minggu depan Abg Muhammad ada ujian kelayakan kemasukan Sekolah Agama, Ummi doa akan anak umi mudah menjawab segala soalan. Ummi yakin Abg Muhammad boleh buat.

Ammar anak ke-2, sangat bijak, sangat berkembang, banyak tanya sampai ummi tak boleh nak jawab semua soalan mu nak..... Budak Ammar ni kurus aje, tapi kuat makan. Agaknye semua makanan pergi ke otak dia yang berkembang tu. Ammar sangat mudah untuk menghafal surah-surah. Sudah kenal huruf2 Al-Quran. Ummi mudah ajar budak sorang ni.

Fawwaz, kadang-kadang ummi panggil baby. Comel, aktif, suka buat muka control macho. Hahaha.... kalau ummi ingat muka adik baby ni, mesti macam nak balik cepat, nak peluk, nak cium budak comel ni. Panjat sana, panjat sini, belari-lari, tendang bola dah macam budak besar, agaknya dia ada abang-abang tu yang aktif semacam. Cakap je belum tapi dah faham banyak perkara. Kalau kata "adik comel tak"...., dia angguk sambil tersenggih-sengih.

Tahun ni balik raya kat Klate la kita. Meriah, dan sangat meriah semua adik beradik suami balik. Sebelum balik kelantan, ada talefon mak, mak sedih kenapa kita tak balik Melaka. Tahun depan ye Mak kita balik Melaka. Eden pun sedih tak dapat beraya dengan Mak.....

En Suami, sangat lah sibuk, anak dah ramai. Hihihihi anak lelaki lak tu, semua aktif tak boleh duduk diam. Tapi kami bersyukur pada Allah dikurniakan anak yang Aktif, bijak dan Cerdik ni. Ustaz seorang ni memang seorang yang tegas kalau mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Anak-anak yang kecil ni kalau tasmid dengan abi diorang, macam tasmid orang dewasa. Sebutan maghraj kena tepat dan betul. Saya tahu dia hendak jadikan, anak-anak seorang pencinta Al-Quran.