Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita yang ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila mana ada banyak masa untuk buat perkara-perkara yang tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat perkara-perkara yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu-ibu jangan jatuh air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur
- Anak
- Ibu
- Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok muka suami bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada lagi rasa itu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada Ibu, pandang laa selalu.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu.
Ibu, kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut.
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan Ibu kita di tempat yang terbaik.
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”.
- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
- Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun… kemudian cakap dengan Allah
- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Masa suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada Ibu dan orang yang memerlukkan.
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu kita yang telah tiada!
Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup, Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit..sedih gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
Ketika melalui kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam masa akan datang.
Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
Bila nak berbelanja selalu tinggalkan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!
Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
Allah panjangkan usia Ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Antara gangguan saka, selalu mimpi bayi/budak, dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan/ Amalan/ Sentuhan.
Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
- Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak dan dapat dapat senang gugur.
- Ada rasa kelibat orang lalu.
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim (bersetubuh), bercakap la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000x sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim dan cancer tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids dan leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ni seram sikit masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Ramai dah try yang ni, setakat ni alhamdullilah menjadi.
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan