"Assalamualaikum syg, dh sampai mn tu? syukur syg kita dpt bersama lg menikmati ramadhan utk kali ni, doakan smg Allah panjangkan umur kita dapat bertemu lg ramadhan akan dtg. Abg bertuah dan abg rasa cukup bangga memiliki yah. Abg mohon maaf sekiranya ada kesilapan atau kekurangan selama abg bersama yah. Yah adalah yang terbaik bg abg....."
Yah balas: "Walaikumusalam, yah dah sampai office, yah pun bsyukur dpt suami spt abg, yg banyak membimbing yah. Yah pun mohon maaf, banyak dosa yah pada abg. Yah syg sgt dgn abg dan anak2. Semoga kita menjadi keluarga yg sentiasa dalam Naungan Allah."
Ada rasa terharu dihati, bila pagi-pagi Mr husband SMS macam tu, satu penghormatan. Syukur atas anugerah yang Allah berikan kepadaku. Mendapat suami yang soleh.
Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan Taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita didunia. Semua itu, hanyalah pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada tanyalah persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana Allah, akan sentiasa merasa bahagia.
Allah dah pinjamkan kat Yah seorang Suami yang baik, Soleh untuk sama-sama kongsi rasa gembira, sedih, suka dan duka.
Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan