Rabu, 19 Ogos 2015

Mula Menulis Semula

Banyak tahun dah tinggal berblog ni, ape-ape pun nak start balik, nak start dari ni. Cerita raya 2015. Anak-anak dah besar. Baby fawwaz pun dah 1 tahun 7bulan.

Abang Muhammad dah 6 tahun, tahun depan masuk darjah 1. Kami suami isteri putuskan anak kami akan masuk sekolah agama, biar dia biasa dengan Al-Quran dan Hadis serta hafazan dari kecil. Minggu depan Abg Muhammad ada ujian kelayakan kemasukan Sekolah Agama, Ummi doa akan anak umi mudah menjawab segala soalan. Ummi yakin Abg Muhammad boleh buat.

Ammar anak ke-2, sangat bijak, sangat berkembang, banyak tanya sampai ummi tak boleh nak jawab semua soalan mu nak..... Budak Ammar ni kurus aje, tapi kuat makan. Agaknye semua makanan pergi ke otak dia yang berkembang tu. Ammar sangat mudah untuk menghafal surah-surah. Sudah kenal huruf2 Al-Quran. Ummi mudah ajar budak sorang ni.

Fawwaz, kadang-kadang ummi panggil baby. Comel, aktif, suka buat muka control macho. Hahaha.... kalau ummi ingat muka adik baby ni, mesti macam nak balik cepat, nak peluk, nak cium budak comel ni. Panjat sana, panjat sini, belari-lari, tendang bola dah macam budak besar, agaknya dia ada abang-abang tu yang aktif semacam. Cakap je belum tapi dah faham banyak perkara. Kalau kata "adik comel tak"...., dia angguk sambil tersenggih-sengih.

Tahun ni balik raya kat Klate la kita. Meriah, dan sangat meriah semua adik beradik suami balik. Sebelum balik kelantan, ada talefon mak, mak sedih kenapa kita tak balik Melaka. Tahun depan ye Mak kita balik Melaka. Eden pun sedih tak dapat beraya dengan Mak.....

En Suami, sangat lah sibuk, anak dah ramai. Hihihihi anak lelaki lak tu, semua aktif tak boleh duduk diam. Tapi kami bersyukur pada Allah dikurniakan anak yang Aktif, bijak dan Cerdik ni. Ustaz seorang ni memang seorang yang tegas kalau mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Anak-anak yang kecil ni kalau tasmid dengan abi diorang, macam tasmid orang dewasa. Sebutan maghraj kena tepat dan betul. Saya tahu dia hendak jadikan, anak-anak seorang pencinta Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan