Khamis, 24 Mac 2011

Ketika Ditimpa Musibah


Hidup merupakan ujian. Itu adalah hakikatnya.Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. Ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. 

Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil. 

"Hanya insan-insan terpilih sahaja yang diuji oleh Allah dengan musibah". Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw.
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya”.
(Riwayat Muslim)

Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman.
Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana:
  • musibah yang datang bukan urusannya
  • tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi
  • Allah akan kasih padanya
  • Allah akan beri pahala
Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar. Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Na’uzibillah, moga dijauhkan.

The Covered One


A kafir guy asked a muslim: Why do your women cover up their body and hair?

The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the kafir: If I asked you to take one of the sweets which one u will choose?

The kafir replied: The covered one.

Then the muslim man said: That's how we treat our muslim women.

Selasa, 22 Mac 2011

SABAR

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Selasa, 1 Mac 2011

Surat Untuk suami kesayangan - Our 2nd Anniversary (Faizul & Sabariah)


Dengan nama Allah, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai suamiku tercinta dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah.


Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Allah di atas kurnia yang tiada nilainya buatku.  Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati. 


Inilah dinamakan takdir ketentuan Allah,

Syukur pada Allah, pertemuan dibumi Anbiya, walau pun singkat, buat ku  bahagia,

Kisah, kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat, akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. 

Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. 

Ijab dan qabul bersaksi sejak 2 tahun yang lalu, dengan izin Allah, kita masih bersama memadu kasih mencari redha Ilahi.

Duhai suamiku tersayang,

Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku. Indahnya saat itu.

Duhai suami kesayangan ku,

Terima kasih kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah rasa sekalipun rasa diri ini diabaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya insan kecil dan comel dalam hidup kita,

Menyerikan dan melengkapkan.


Duhai suamiku tercinta,

Terima kasih ku ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik anak kita yang semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan. Tanpa rasa jemu engkau sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanku dalam titipan doamu.

Duhai kasih, duhai sayang,

Saat ini, aku merupakan keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib aku mematuhimu selama mana kau tidak menyuruhku untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. Kau sering mengkhabarkan pada ku, ‘hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku’. ‘Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku’. Itu lah yang kau pinta.


Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. 


Wahai sayang,
Doaku; Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. 


Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan yang tiada penghujungnya. 


Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 


Ya Allah, kurniakan kami iman yang berkekalan, rezeki yang berterusan dan kemuliaan memasuki SyurgaMu bersama Rasullulah.


Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami, redha kan lah kami hendak bersama-sama keSyurgaMu.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-2, sayang......

(7 Mac 2009)