Khamis, 24 Mac 2011

Ketika Ditimpa Musibah


Hidup merupakan ujian. Itu adalah hakikatnya.Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. Ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. 

Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil. 

"Hanya insan-insan terpilih sahaja yang diuji oleh Allah dengan musibah". Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw.
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya”.
(Riwayat Muslim)

Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman.
Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana:
  • musibah yang datang bukan urusannya
  • tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi
  • Allah akan kasih padanya
  • Allah akan beri pahala
Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar. Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Na’uzibillah, moga dijauhkan.

The Covered One


A kafir guy asked a muslim: Why do your women cover up their body and hair?

The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the kafir: If I asked you to take one of the sweets which one u will choose?

The kafir replied: The covered one.

Then the muslim man said: That's how we treat our muslim women.

Selasa, 22 Mac 2011

SABAR

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Selasa, 1 Mac 2011

Surat Untuk suami kesayangan - Our 2nd Anniversary (Faizul & Sabariah)


Dengan nama Allah, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai suamiku tercinta dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah.


Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Allah di atas kurnia yang tiada nilainya buatku.  Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati. 


Inilah dinamakan takdir ketentuan Allah,

Syukur pada Allah, pertemuan dibumi Anbiya, walau pun singkat, buat ku  bahagia,

Kisah, kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat, akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. 

Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. 

Ijab dan qabul bersaksi sejak 2 tahun yang lalu, dengan izin Allah, kita masih bersama memadu kasih mencari redha Ilahi.

Duhai suamiku tersayang,

Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku. Indahnya saat itu.

Duhai suami kesayangan ku,

Terima kasih kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah rasa sekalipun rasa diri ini diabaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya insan kecil dan comel dalam hidup kita,

Menyerikan dan melengkapkan.


Duhai suamiku tercinta,

Terima kasih ku ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik anak kita yang semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan. Tanpa rasa jemu engkau sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanku dalam titipan doamu.

Duhai kasih, duhai sayang,

Saat ini, aku merupakan keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib aku mematuhimu selama mana kau tidak menyuruhku untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. Kau sering mengkhabarkan pada ku, ‘hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku’. ‘Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku’. Itu lah yang kau pinta.


Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. 


Wahai sayang,
Doaku; Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. 


Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan yang tiada penghujungnya. 


Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 


Ya Allah, kurniakan kami iman yang berkekalan, rezeki yang berterusan dan kemuliaan memasuki SyurgaMu bersama Rasullulah.


Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami, redha kan lah kami hendak bersama-sama keSyurgaMu.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-2, sayang......

(7 Mac 2009)

Rabu, 19 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Sayang



Ya Allah aku memohon kecintaan Mu, Kecintaan orang yang sentiasa mencintai Mu, kecintaan apa sahaja mendekatkan diri ku kepada Mu, dan masukkanlah aku ke Syurga bersama-sama kecintaan itu.

Istimewa untuk suami kesayanganku, Muhammad Faizul Arshad bin Saod.

Dalam menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada ku. 
Dan kau suami ku ada kekuatan yang dapat mengubah diriku, supaya hidupku menjadi lebih bermakna. 
Dan kau jua mengajarku sentiasa untuk bersyukur atas nikmat dan pemberian Allah.
Dan suamiku, kau perlu tahu yang kau ada kelebihan yang sangat-sangat ku perlukan, yang satu dunia tak mampu bagi pada ku......

Terima Kasih sayang.....
Terima Kasih kerana menerima ku seadanya,
Terima Kasih kerana memberi nasihat dan tunjukajar,
Terima Kasih kerana sabar dengan segala kehendak dan kemahuan,
Terima Kasih sayang, kerana menjadikan aku seorang yang bergelar IBU kepada anakmu,
Terima Kasih diatas kesabaranmu mendidik diriku yang serba kekurangan ini.

Sayang....
Sesungguhnya, sayang perlu tahu bahawa Sabariah binti Idris adalah insan yang amat menyayangi dirimu..... kerana Allah.
Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke Syurga.
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....

Khamis, 19 Ogos 2010

Dahsyat Doa Seorang Ibu


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita yang ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila mana ada banyak masa untuk buat perkara-perkara yang tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat perkara-perkara yang baik.
 
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
 
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu-ibu jangan jatuh air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
 
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
 
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur
  • Anak
  • Ibu
  • Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok muka suami bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada lagi rasa itu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada Ibu, pandang laa selalu.
 
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu.
 
Ibu, kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut.
 
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
 
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan Ibu kita di tempat yang terbaik. 
 
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”.
  • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
  • Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
 
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun… kemudian cakap dengan Allah 
  • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
  • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Masa suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada Ibu dan orang yang memerlukkan.
 
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya!
 
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakanlah Ibu kita yang telah tiada!

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup, Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit..sedih gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Ketika melalui kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam masa akan datang.
 
Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.
 
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
 
Bila nak berbelanja selalu tinggalkan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Allah panjangkan usia Ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.
 
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

Antara gangguan saka, selalu mimpi bayi/budak, dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan/ Amalan/ Sentuhan.

Symptom dah terkena saka
  • Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  • Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  • Susah nak dapat anak dan dapat dapat senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim (bersetubuh), bercakap la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000x sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim dan cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids dan leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil

Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ni seram sikit masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Ramai dah try yang ni, setakat ni alhamdullilah menjadi.

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 

Jumaat, 6 Ogos 2010

Selawat Syifa'

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad s.a.w. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ketas keluarga dan sahabat beginda.

Isnin, 12 Julai 2010

Mengapa membaca al Qur’an ketika kita tidak mengerti Maksudnya?


Ada seorang muslim tua bersama seorang cucunya di sebuah pergunungan di bahagian timur Kentucky, Amerika. Datuknya selalu membaca Qur’an selepas solat subuh setiap hari. Cucunya berusaha meniru setiap tingkah laku datuknya.


Suatu hari, cucu bertanya pada datuknya, “Datuk! Aku berusaha membaca Al- Qur’an seperti dirimu tetapi aku tidak mengerti isinya. Jikapun ada sedikit yang kufahami, ia akan terlupa setiap kali aku menutup kitab itu. Lalu, apa gunanya aku membacanya?”


Dengan perlahan Datuknya membalikkan badan dan berhenti dari memasukkan batu bara ke dalam tungku pemasak. Ia menjawab: “Ambillah bakul ini, bawalah ke sungai di bawah sana dan bawakan untukku sebakul air!”


Cucu membawa bakul hitam penuh jelaga batu bara tersebut ke sungai dan mengambil air. Namun air itu telah habis menitis sebelum sampai ke rumah. Datuknya ketawa dan meminta cucu agar mencubanya sekali lagi: “Mungkin kau harus lebih cepat membawa airnya ke sini.”


Cucu berusaha berlari, namun air itu lebih cepat keluar dari bakul sebelum sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah ia pun mengatakan kepada Datuknya bahawa tidak mungkin mengambil air dengan bakul. Sebagai gantinya ia akan mengambil air dengan baldi.


“Aku tidak perlu satu baldi air, yang kuinginkan adalah sebakul air!” jawab Datuknya. “Kau perlu berusaha lebih keras,” marah Datuk, sambil menyuruhnya mengambil air sekali lagi. 


Datuk pun pergi ke luar rumah untuk melihat usaha cucunya. Kali ini cucunya sangat yakin bahawa tidak mungkin membawa air menggunakan bakul. Namun ia berusaha memperlihatkan kepada datuknya bahawa secepat manapun ia berlari, air itu akan habis keluar dari bakul sebelum ia sampai ke rumah.  Kejadian yang sama berulang. Cucu sampai kepada Datuknya dengan bakul yang kosong. “Lihatlah Tuk! Tidak ada gunanya membawa air dengan bakul.” katanya.

“Jadi, kau fikir tidak ada gunanya?”, Datuknya balik bertanya. “Lihatlah bakul itu!” pinta Datuknya.

Ketika cucu memerhatikan bakul itu sedarlah ia bahawa kini bakul hitam itu telah bersih dari jelaga, baik bahagian luar mahupun dalamnya, dan terlihat seperti bakul baru.


“Cucuku, demikianlah yang terjadi ketika engkau membaca Al-Qur’an. Engkau mungkin tidak mengerti atau tidak dapat mengingati apa yang engkau baca darinya. Namun ketika engkau membacanya, engkau akan dibersihkan dan mengalami perubahan, luar mahupun dalam. Itulah kekuasaan dan nikmat Allah kepada kita!”.