Rabu, 4 Mei 2011

Mengandung kali ke-2

Teringat semasa mengandungkan Muhammad dahulu, memang mengujakan, seronok tak terkata, menghiburkan walaupun banyak masalah yang datang. Bila anak yang dikandungkan selamat dilahirkan, Subhanaallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, itulah anugerah yang tidak terhingga dari Allah. Insan yang kecil, bila pertama kali mengukur tapak kakinya yang sebesar 2 jari tu, comel sangat. Sekarang Muhammad akan lebih teruja, sebab Muhammad akan menjadi seorang Abang kepada adik yang comel juga.

Mengandung untuk kali ke-2 juga membuatkan penantian suami selama 6 bulan tercapai, setelah Muhammad mencapai 1 tahun pada tahun lepas. Gembira tak terhingga, Abi Muhammad mendengar isteri tercintanya ni mengandung, sama gembira seperti mula-mula ummi dah mengandungkan Muhammad dahulu. B'....b' suamiku dunia akhirat.

Keadaan agak sama, tapi kandungn kali ni, agak meletihkan dan sering sangat loya. Alhamdulillah itu semua ujian Allah bagi pada setiap ibu mengandung, Allah masih sayang pada kita.